Thursday, 2 June 2011

~:: PENGENALAN::~



Selamat datang ke blog saya.Di sini saya akan mempamerkan kepada pembaca sekalian cara untuk menguruskan wang anda dengan sistematik dan berkesan.

definisi ? 
Ke Arah Masyarakat Celik Wang membawa maksud cara sesebuah masyarakat mahupun individu mencari sumber pendapatan atau wang dengan lebih cekap dan mahir. Dengan kata lain, masyarakat yang pandai menghasilkan wang. 

Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, definisi bagi...
§    CELIK ialah terbuka, boleh melihat, tidak buta, kenal akan yang benar (betul), sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan).
§    WANG ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit, gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah.

Jadi, di sini dapat disimpulkan bahawa definisi bagi
 CELIK WANG ialah bijak menguruskan kewangan atau pengurusan wang secara bijak..

Oleh itu, Masyarakat yang celik wang
 adalah masyarakat yang dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak...

No comments:

Post a Comment