Thursday, 2 June 2011

~:: PENGENALAN::~



Selamat datang ke blog saya.Di sini saya akan mempamerkan kepada pembaca sekalian cara untuk menguruskan wang anda dengan sistematik dan berkesan.

definisi ? 
Ke Arah Masyarakat Celik Wang membawa maksud cara sesebuah masyarakat mahupun individu mencari sumber pendapatan atau wang dengan lebih cekap dan mahir. Dengan kata lain, masyarakat yang pandai menghasilkan wang. 

Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, definisi bagi...
§    CELIK ialah terbuka, boleh melihat, tidak buta, kenal akan yang benar (betul), sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan).
§    WANG ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit, gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah.

Jadi, di sini dapat disimpulkan bahawa definisi bagi
 CELIK WANG ialah bijak menguruskan kewangan atau pengurusan wang secara bijak..

Oleh itu, Masyarakat yang celik wang
 adalah masyarakat yang dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak...

Wednesday, 1 June 2011

FilipinaFilipina



Peso (Filipina: piso) (simbol: ; kod: PHP) ialah mata wang Filipina. Ia dibahagikan kepada 100 centavos (Sepanyol) atausentimo (Filipina). Sebelum 1967, bahasa yang digunakan pada nota bank dan duit syiling Filipina ialah bahasa Inggeris and oleh it, "peso" ialah nama yang digunakan. Bahasa yang digunakannya kemudian ditukarkan kepada bahasa Pilipino (nama bahasa Filipina) dan oleh itu, nama yang digunakan pada nota bank dan duit syiling sekarang ialah piso.
Peso biasa dilambangkan oleh simbol "PhilippinePeso.svg". Simbol ini dimasukkan ke dalam piawai Unikod sejak Versi 3.2 dan diperuntukkan U+20B1 (). Cara menulis simbol Peso Filipina yang lain termasuk "PHP", "PhP", "P", atau "P" (P huruf besar dengan corek lintang) yang masih merupakah kaedah yang paling umum kerana simbol Peso Unikod masih tidak disokong oleh fon-fon utama dan/atau pelantar silang.[1]
Duit-duit syiling ditempa di Kompleks Loji Keselamatan Filipina, dengan nota bank, pasport, buku rekod pengenalan pelaut, hak milik tanah, cek, kertas undi rasmi, keputusan pilihan raya, buku simpanan, kiriman wang, setem hasil, bond kerajaan, dan dokumen-dokumen pemerintahan yang lain dicetak, baik di Kompleks Loji Keselamatan ataupun di Jabatan Percetakan Negara.

RusiaRusia



Ruble atau rouble (рубль) adalah matawang Persekutuan Russia (dan juga Soviet Union pada masa yang lalu). Satu ruble boleh dibahagikan kepada 100 kopek (копе́йка).
Ruble merupakan matawang Russia selama beberapa kurun. Pengilangan duit syiling ruble bermula pada tahun 1704. Ruble yang pertama adalah perak. Pada kurun ke 19, beberapa duit syiling ruble bersifat platinum. Ruble jenis emas diperkenalkan pada 1897 dan seberat 0,774235 g emas. Ruble pada era Soviet tahun 1961 seberat 0,987412 g emas. Kini, matawang Ruble tidak mempunyai kaitan dengan emas.
10 ruble kadangkala digelar chervonet (черво́нец).
Semua duit kertas Russia dicetak oleh kilang kepunyaan pemerintah Goznak, yang telah diasaskan oleh puak Bolshevik pada 6 Jun 1919 dan beroperasi hingga sekarang.