Tuesday, 31 May 2011

Cara pengurusan wang secara berhemat :membuat pelan perancangan kewangan

PERINGKAT 1
Tentukan Matlamat Kewangan Anda
Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda berbelanja dengan lebih bijak. Pastikan anda tahu tempoh yang diperlukan untuk mencapai setiap matlamat tersebut..

# Contoh Pelan Matlamat..:













PERINGKAT 2
Catat pendapatan, hutang, simpanan, pelaburan dan insurans/takaful anda

Mulakan dengan mencatat pendapatan keluarga anda termasuk pendapatan suami/isteri. Selepas itu, senaraikan kesemua baki pinjaman dan komitmen kewangan anda termasuk pembayaran balik pinjaman yang perlu anda buat pada bulan itu. Saya mencadangkan anda membayar balik hutang terlebih dahulu dan selepas itu membayar diri anda dengan mengasingkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan boleh guna anda dalam bentuk simpanan atau pelaburan. Pada peringkat ini, anda juga dinasihati untuk menetapkan sejumlah wang bagi komitmen insurans/takaful anda..





PERINGKAT 3
Catat perbelanjaan anda

Peringkat ini membimbing anda bagaimana untuk menyediakan perbelanjaan harian anda bergantung pada jumlah wang tunai di tangan anda. Meskipun anda telah membuat komitmen yang sepenuhnya terhadap pinjaman, simpanan, pelaburan dan insurans/takaful, baki wang untuk perbelanjaan harian anda hendaklah dibelanjakan dengan bijak. Anda perlu tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak dan ini dapat memberi kesan yang ketara kepada sikap perbelanjaan anda. Keputusan yang anda buat berdasarkan keperluan dan kehendak anda akan mempengaruhi belanjawan dan perbelanjaan bulanan anda. Ingat!! ukur baju di badan sendiri dan hanya berbelanja mengikut jumlah wang yang anda miliki.

# Tanda-tanda amaran tabiat berbelanja boros..
  • Anda membayar bil semasa menggunakan wang simpanan.
  • Anda mengambil hutang baharu untuk membayar hutang lama.
  • Hutang anda melebihi pendapatan anda.
  • Anda berbelanja mengikut perasaan sedangkan anda tahu anda tidak mampu



PERINGKAT 4
Menilai kedudukan kewangan anda

Nilai dan kaji semula kedudukan kewangan anda setiap bulan. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan, elakkan perbelanjaan yang tidak penting atau abaikan sahaja perbelanjaan itu. Dalam hal ini, anda boleh menilai semula perbelanjaan isi rumah, barangan peribadi dan perbelanjaan lain terutamanya hiburan. Anda mungkin perlu mengkaji semula portfolio pelaburan anda jika bajet perbelanjaan anda terlalu menghimpit kehidupan anda. Jika perlu, anda boleh menyemak matlamat kewangan anda seandainya anda dapati matlamat tersebut tidak lagi realistik dengan pendapatan anda.

No comments:

Post a Comment