Dolar (kod mata wang USD) ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk simbol dolar, $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.
Di terima guna sejak 6 Julai 1785,[2] dolar A.S. merupakan matawang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa.[3] Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya.[4] Pada tahun 1995, lebih AS $380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir $760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara,[5] menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran.[6] Sejak itu nilai semasa wang tunai euro dalam edaran telah meningkat kepada lebih €695 bilion, bersamaan dengan AS$1,029 bilion pada kadar tukaran semasa.[7]
Tuesday, 31 May 2011
AUSTRALIAAUSTRALIA
Dolar Australia, AUD atau A$, merupakan mata wang rasmi Australia, termasuk Kepulauan Krismas, Kepulauan Cocos, Pulau Heard dan Kepulauan McDonald dan Pulau Norfolk, serta negara-negara-pulau merdeka Kiribati, Nauru dan Tuvalu.
Dolar Australia merupakan mata wang yang keenam diperdagangkan di pasar valas dunia (setelah dolar AS, yen, euro, pound sterling dan dolar Kanada) dan mencakupi sekitar 4–5 peratus dari transaksi valas dunia.
Satu dolar Australia dibagi kepada 100 sen. Duit syiling dengan nilai terkecil saat ini adalah lima sen.
Semua wang kertas dolar Australia dibuat daripada bahan polimer.
Pecahan wang syiling yang dalam sirkulasi saat ini adalah:
Dolar Australia merupakan mata wang yang keenam diperdagangkan di pasar valas dunia (setelah dolar AS, yen, euro, pound sterling dan dolar Kanada) dan mencakupi sekitar 4–5 peratus dari transaksi valas dunia.
Satu dolar Australia dibagi kepada 100 sen. Duit syiling dengan nilai terkecil saat ini adalah lima sen.
Semua wang kertas dolar Australia dibuat daripada bahan polimer.
Pecahan wang syiling yang dalam sirkulasi saat ini adalah:
- Lima sen
- Sepuluh sen
- Dua puluh sen
- Lima puluh sen
- Satu dolar
- Dua dolar
- Lima dolar
- Sepuluh dolar
- Dua puluh dolar
- Lima puluh dolar
- Seratus dolar
THAILANDTHAILAND
Dari 1985 ke 1995, Ekonomi Thailand mengalami pertumbuhan rata-rata 9% setahun. Pada 14 Mei dan 15 Mei 1997, mata wang baht,mengalami serangan spekulasi besar. Pada 30 Jun, Perdana Menteri Chavalit Yonchaiyudh berkata bahwa dia tidak akan menurunkan nilai Baht, tetapi pemerintah Thailand akhirnya menambat mata wang tersebut pada 2 Julai.
Pada 1996, "dana hedge Amerika telah menjual $ 400 juta mata wang Thai. Dari 1985 sampai 2 Julai 1997, baht ditambat pada 25 kepada dolar. Baht jatuh menjunam dan hilang setengah harganya. Baht jatuh ke titik terendah di 56 kepada dolar pada Januari 1998. Bursa saham Thailand jatuh 75% pada 1997. Finance One, perusahaan kewangan Thailand terbesar muflis. Pada 11 Ogos, IMF membuka pakej bantuan dengan lebih dari 16 juta dolar AS .Pada 20 Ogos IMF menyetujui, pakej "bailout" sebesar 3.9 juta dolar AS.
Baht (บาท, simbol ฿, kode ISO 4217 THB) adalah mata wang resmi Thailand. Penerbitan mata uang ini merupakan tanggung jawab Bank of Thailand. Satu baht dibagi menjadi 100 satang.
Koin-koin yang dalam sirkulasi - pranala dalam bahasa Thailand
- 25 satang (kuningan)
- 50 satang (kuningan)
- 1 Baht (kupronikel)
- 5 Baht (kupronikel dengan pinggiran tembaga)
- 10 Baht (bimetalik; bagian tengah dari kuningan, bagian luar dari kupronikel
Uang kertas yang dalam sirkulasi
- 10 Baht (Oranye - semakin jarang ada)
- 20 Baht (Kuning)
- 50 Baht (Biru; berbahan polymer)
- 100 Baht (Merahd)
- 500 Baht (Ungu)
- 1000 Baht (Abu)
Banyak koin 10 baht edisi istimewa diterbitkan untuk acara khusus. Meski koin-koin yang bernilai satang merupakan alat pembayaran resmi, toko-toko kecil biasanya tidak menerimanya. Koin-koin lama yang masih dalam sirkulasi hanya bertuliskan angka Thailand, namun versi barunya mempunyai angka Arab juga. Semua koin mempunyai potret Raja Bhumibol Adulyadej di satu sisi. Sang raja juga muncul dalam setiap uang kertas.
Baht juga merupakan satuan ukur untuk emas dan umumnya digunakan di toko-toko perhiasan di Thailand, 1 baht = 15.244 gram
JEPUNJEPUN
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan di Jepun dan disebut dalam bahasa Jepun sebagai "en". Simbol yen dalam huruf latin adalah ¥ dan Jepun sebagai 円.
Yen diperkenalkan oleh kerajaan Meiji (Meiji IV) bagi menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan sejak Zaman Edo. Akta Mata wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen: (1, 圓), sen (1/100, 錢), dan rin (1/1000, 厘), dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. (Unit sen dan rin dikeluarkan dari peredaran pada 1954.) Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 troy auns (26.956 g) perak dan kadar ini masih berkuatkuasa hingga kini.
Perkataan 'yen' pada asalnya ditulis sama dengan perkataan 'yuan', untuk unit mata wang China: Yuan (圓 pinyin yuan2). Kini, perkataan 'yen' ditulis dengan cara huruf yang disenangkan (simplified characters): (円) dan bukan (cf. 元).
Duit-duit syiling dan kertas yang berada di peredaran adalah seperti berikut: duit syiling 1 yen, 5 yen, 10 yen, 50 yen, 100 yen, dan 500 yen. Duit kertas adalah 1000 yen, 2000 yen, 5000 yen dan 10000 yen.
CHINACHINA
Yuan (元) ialah unit asas mata wang moden negara China iaitu Renminbi dan Dolar Baru Taiwan. Yuan (secara harfian bererti objek bulat) merujuk pada duit syiling perak, bulat berlubang di tengah dan digunakan sejak Dinasti Qing lagi. Arca dan bentuk berubah mengikut masa. Syiling Yuan digunakan secara meluas apabila penjelajah Eropah datang berdagang ke negara China. Mata wang ini banyak beredar di Asia Tenggara sejak abad ke-17 terutama di Filipina dan pulau Guam.
Satu yuan boleh dibahagikan kepada 10 jiao (角) manakala satu jiao boleh dibahagikan kepada 10 fen (分).
Pada 26 Disember 2008, ekoran kemelesetan ekonomi dunia 2008, kerajaan China memutuskan untuk menggunakan mata wang Yuan untuk menjalankan eksport dan import bagi merangsang eksport. Sebagai perintis , Yuan akan digunakan dalam perdagangan dengan Hong Kong dan Macau. Kedua-dua wilayah ini adalah sebahagian tanah besar China.Yuan akan digunakan di antara wilayah barat daya Yunnan dan selatan wilayah automoni Guangxi Zhuang dan ASEAN seperti Myanmar, Laos dan Vietnam . Sebanyak AS$402.7 bilion (RM1.4 trilion) tahun 2007 perdagangan China dengan Hong Kong , Macau dan ASEAN dan menguasai satu per lima jumlah dagangan tanah besar.
SINGAPURASINGAPURA
Dolar Singapura (dibahagi kepada 100 sen), adalah unit mata wang negara Singapura dengan kod mata wang SGD. Ia sering dipendekkan dengan tanda dolar $, atau S$ untuk membezakannya dari dolar-dolar yang lain.
Untuk masa yang lama, Singapura menggunakan mata wang yang sama dengan Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) dan kemudiannya dengan Malaya, dikawal oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata wang (Board of Commissioners of Currency).
Singapura menggunakan mata wang yang sama dengan Malaysia apabila ia menganggotai negara tersebut pada tahun 1963. Setelah ia berpisah dari Malaysia pada tahun 1965, Singapura mula menggunakan mata wangnya sendiri. Singapura mendirikan sebuah 'Lembaga Pesuruhjaya Mata wang, Singapura' (Board of Commissioners of Currency, Singapore) pada 7 April 1967 dan mengeluarkan siri mata wang yang pertama, "Orkid", pada 12 Jun 1967.
Dolar Singapura adalah mata wang yang boleh ditukar dengan bebas dan dikait dengan longgar dengan Dolar Amerika Syarikat (ASD). Sejak Jun 2004, 1 ASD bernilai lebih kurang 1.7 SGD.
Dolar Brunei dipaut pada dolar Singapura dengan kadar 1:1. Kedua-dua mata wang boleh digunakan di Singapura dan Brunei.
INDONESIAINDONESIA
Rupiah adalah unit mata wang Indonesia dengan kod mata wang (IDR).
Perkataan "rupiah" berasal daripada perkataan "rupee", unit mata wang India. Indonesia telah menggunakan mata wang guilder Belanda dari 1610 hingga 1817. Setelah 1817, mata wang guilder Hindia-Belanda Timur diperkenalkan. Mata wang rupiah pertama kali diperkenalkan semasa Pendudukan Jepun sewaktu Perang Dunia II. Setelah berakhirnya Perang Dunia II, Bank Jawa memperkenalkan mata wang rupiah Jawa sebagai pengganti. Mata wang guilder nica dan beberapa mata wang yang dicetak kumpulan gerila juga berleluasa pada masa itu.
Pada 2 November 1949, empat tahun setelah merdeka, Indonesia menetapkan Rupiah sebagai mata wang kebangsaannya yang baru. Kepulauan Riau dan Irian Barat memiliki variasi rupiah mereka sendiri tetapi penggunaan mereka dibubarkan pada 1964 di Riau dan 1971 di Irian Barat. Krisis ekonomi Asia tahun 1998 menyebabkan nilai rupiah jatuh sebanyak 35% dan membawa kepada kejatuhan pemerintahan Suharto.
Rupiah merupakan mata wang yang boleh ditukar dengan bebas tetapi didagangkan dengan penalti disebabkan kadar inflasi yang tinggi. Sejak November 2004, kadar petukaran rupiah bernilai lebih kurang 11,700 rupiah kepada satu euro.
BRUNEIBRUNEI
Nilai mata wang Brunei adalah lebih tinggi berbanding ringgit Malaysia
[ Brunei $1 = RM 2.30 ]Brunei menggunakan sistem kewangan Singapura dari 1800an sehingga 1967. Pada 1800an Dolar Dagang perak Mexico (XMSD - silver Mexico Trade Dollar) digunakan sebagai mata wang tetapi setelah penubuhan daerah perlindungan British (British protectorate), Dolar Penempatan Selat (STSD) menjadi mata wang rasmi negeri negeri selat. Dolar Selat ini dipautkan pada Pound Britain pada kadar satu dolar STSD bersamaan 28 pence dan dikeluarkan oleh kerajaan Negeri negeri Selat.
Pada 1862, India mengeluarkan mata wang rasmi penempatan Selat setelah kuasa pemerintahan Negeri Negeri Selat dipindahkan ke India. Mata wang ini digunakan oleh Negeri negeri selat (1871 sehingga 1941), kerajaan Sarawak (1863 sehingga 1941), dan Syarikat British Borneo Utara (1967 sehingga 1941).
Jepun menduduki Brunei dari 16 Disember 1941 hingga Jun 1945. Dolar Gumpyo Jepun diperkenalkan oleh kerajaan Jepun dan mempunyai nilai yang sama dengan Dolar Selat. Bank Pembangunan Selatan ditubuhkan pada 20 Februari 1942 dan merupakan bank pusat untuk Brunei, Myanmar, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura. Pada 26 Mac 1943, bank ini dibenarkan untuk mengeluarkan wang kertas Jepun.
Apabila Perang Dunia II tamat dan penempatan Selat dibubarkan (1 April 1946), Dolar Penempatan Selat turut terbubar dan digantikan oleh Dolar Malaya. Dolar Malaya dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Mata wang Malaya dari 1946 hingga 31 Disember 1951 dan Lembaga Pesuruhjaya Mata wang Malaya - Borneo British dari 1952 hingga 1967. Brunei menubuhkan lembaga mata wang pada 12 Jun 1967 dan mula mengeluarkan mata wangnya sendiri pada 1967. Mata wang Brunei diikat pada Dolar Singapura. Mata wang yang dikeluarkan oleh Lembaga Mata wang Malaya - Borneo British tidak boleh digunakan di Brunei, Malaysia dan Singapura bermula secara efektif pada 16 Januari 1969. Wang kertas dikeluarkan oleh kerajaan Brunei (Governmant of Brunei) dari 1967 hingga 1988, dan kemudiannya dikeluarkan oleh Negara Brunei Darussalem sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun nama lain bagi Dolar Brunei (B$) ialah Ringgit tetapi orang Melayu Brunei tetap memanggilnya sebagai Ringgit Brunei (RB). Dolar Brunei boleh dibahagi kepada 100 sen.
Perjanjian Pertukaran pada 1967 ditandatangani antara Brunei, Malaysia, dan Singapura pada 12 Jun 1967, di mana bank dan pihak berkuasa di ketiga tiga negara ini akan menerima wang kertas dan syiling daripada dua negara yang lain tanpa yuran pertukaran. Walau bagaimanpun, Malaysia menamatkan perjanjian ini dengan Singapura pada 8 Mei 1973. Brunei dan Singapura masih meneruskan perjanjian itu sehingga sekarang (2004).
♥ Buku-buku Panduan Pengurusan Kewangan ♥♥ Buku-buku Panduan Pengurusan Kewangan ♥
(1) CELIK WANG
Matlamat Celik Wang adalah untuk mengajar cara mengurus wang dengan bijaksana supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan dan seterusnya mencapai matlamat kewangan anda dengan mudah. Buku ini juga menekankan agar anda sentiasa dapat mengawal prestasi kewangan anda.
Di samping itu, Celik Wang memperlihatkan betapa pentingnya anda perlu sentiasa bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi sebarang cabaran hidup, kerana wang yang anda belanjakan hari ini boleh menjejas gaya kehidupan anda pada hari esok. Celik Wang, sebuah buku panduan untuk menguruskan wang anda secara bijak sebenarnya suatu panduan akal budi hal ehwal mengenai wang.
(2) RANCANG WANG DARI SEKARANG
Setiap orang pasti melalui peringkat ‘baru mula hidup’. Siapakah sebenarnya orang yang dikatakan ‘baru mula hidup’ itu? Mereka ialah orang yang baru memasuki alam pekerjaan dan merancang untuk menggunakan gaji pertamanya.Rancang Wang dari Sekarang, membawa kita mengenali beberapa skop asas dalam pengurusan kewangan yang lebih Islami.
Selain itu, Rancang Wang dari Sekarang juga membimbing kita mengenal pasti dan lebih berwaspada semasa meneliti tawaran yang tidak realistik di sekeliling kita. Rancang wang anda dari sekarang, sebelum akaun bank kering kontang.
(3) BIJAK URUS WANG KUNCI BEBAS HUTANG
Dalam terbitan istimewa majalah Mingguan Wanita ini anda akan diperkenalkan kepada asas-asas perancangan kewangan termasuk menetapkan matlamat kewangan, memahami konsep dan alat-alat pelaburan, menyusun strategi serta memantau perkembangan rancangan anda. Seterusnya dengan bekalan maklumat asas ini anda mampu mengorak langkah sendiri atau lebih baik lagi gunakan bantuan penasihat profesional.
Cara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Membayar bil tepat pada masanyaCara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Membayar bil tepat pada masanya
Pembayaran segala jenis bil seperti bil elektrik dan bil air dapat menyelesaikan masalah bil tertunggak.. Hal ini dapat mengelakkan sebarang masalah lain timbul seperti denda akibat lewat dan penyalahgunaan wang tersebut untuk tujuan yang lain.. Selain itu, anda juga tidak perlu memikirkan lagi tentang masalah wang untuk pembayaran bil dan hanya perlu tumpukan perhatian kepada wang untuk tujuan yang lain.
Cara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Mewujudkan Pelan Simpanan Harian dan Tabung KecemasanCara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Mewujudkan Pelan Simpanan Harian dan Tabung Kecemasan
Memandangkan hidup sukar dijangka, anda mungkin memerlukan tabung kecemasan bagi menampung perbelanjaan yang tidak terjangka seperti membayar bil perubatan, membaiki kerosakan rumah atau kenderaan. bagi menangani sebarang krisis kehidupan dan mengelak daripada terperangkap dalam hutang, tabung kecemasan anda hendaklah berjumlah 4 hingga 6 bulan daripada belanjawan keluarga anda. Di samping itu, anda juga perlulah menyediakan pelan simpanan harian agar semua wang yang masuk dan keluar daripada akaun anda direkodkan dan dapat dikenal pasti tujuan kegunaannya dan asalnya dari mana. Mula-mula, anda perlulah menetapkan jumlah wang yang anda ingin simpan setiap bulan dan patuhi pelan tersebut. Buat arahan pemotongan gaji secara automatik dengan bank anda untuk memasukkan jumlah pemotongan itu ke dalam akaun simpanan. Mula menyimpan awal untuk mendapatkan faedah kompaun, iaitu faedah atas simpanan asal dan faedah yang terkumpul.
Cara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Membuat Pinjaman Mengikut KemampuanCara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Membuat Pinjaman Mengikut Kemampuan
Pinjam hanya setakat yang anda mampu bayar balik, iaitu bergantung pada pendapatan semasa anda. Jangan buat pinjaman berdasarkan pendapatan yang anda jangka terima. Ini adalah untuk mengelak daripada dibebani hutang yang akan anda tanggung sekiranya apa yang anda jangkakan meleset. Apabila anda ingin membuat pinjaman, selidik dan bandingkan kadar faedah terlebih dahulu supaya anda mendapat tawaran terbaik.
Cara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Berbelanja kurang daripada pendapatanCara Menguruskan Wang Secara Berhemat: Berbelanja kurang daripada pendapatan
Bagi menambah kekayaan dan mencapai matlamat kewangan, anda perlu berbelanja kurang daripada pendapatan, meskipun anda memperoleh pendapatan yang sangat besar. Anda hendaklah sentiasa mengawasi perbelanjaan anda dan menilai sama ada anda berbelanja untuk barangan yang tidak perlu. Satu 'Ringgit' yang disimpan ialah satu 'Ringgit' yang diperoleh..
Cara pengurusan wang secara berhemat :membuat pelan perancangan kewanganCara pengurusan wang secara berhemat :membuat pelan perancangan kewangan
PERINGKAT 1
Tentukan Matlamat Kewangan Anda
Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda berbelanja dengan lebih bijak. Pastikan anda tahu tempoh yang diperlukan untuk mencapai setiap matlamat tersebut..
# Contoh Pelan Matlamat..:
PERINGKAT 2
Catat pendapatan, hutang, simpanan, pelaburan dan insurans/takaful anda
Mulakan dengan mencatat pendapatan keluarga anda termasuk pendapatan suami/isteri. Selepas itu, senaraikan kesemua baki pinjaman dan komitmen kewangan anda termasuk pembayaran balik pinjaman yang perlu anda buat pada bulan itu. Saya mencadangkan anda membayar balik hutang terlebih dahulu dan selepas itu membayar diri anda dengan mengasingkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan boleh guna anda dalam bentuk simpanan atau pelaburan. Pada peringkat ini, anda juga dinasihati untuk menetapkan sejumlah wang bagi komitmen insurans/takaful anda..
PERINGKAT 3
Catat perbelanjaan anda
Peringkat ini membimbing anda bagaimana untuk menyediakan perbelanjaan harian anda bergantung pada jumlah wang tunai di tangan anda. Meskipun anda telah membuat komitmen yang sepenuhnya terhadap pinjaman, simpanan, pelaburan dan insurans/takaful, baki wang untuk perbelanjaan harian anda hendaklah dibelanjakan dengan bijak. Anda perlu tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak dan ini dapat memberi kesan yang ketara kepada sikap perbelanjaan anda. Keputusan yang anda buat berdasarkan keperluan dan kehendak anda akan mempengaruhi belanjawan dan perbelanjaan bulanan anda. Ingat!! ukur baju di badan sendiri dan hanya berbelanja mengikut jumlah wang yang anda miliki.
# Tanda-tanda amaran tabiat berbelanja boros..
PERINGKAT 4
Menilai kedudukan kewangan anda
Nilai dan kaji semula kedudukan kewangan anda setiap bulan. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan, elakkan perbelanjaan yang tidak penting atau abaikan sahaja perbelanjaan itu. Dalam hal ini, anda boleh menilai semula perbelanjaan isi rumah, barangan peribadi dan perbelanjaan lain terutamanya hiburan. Anda mungkin perlu mengkaji semula portfolio pelaburan anda jika bajet perbelanjaan anda terlalu menghimpit kehidupan anda. Jika perlu, anda boleh menyemak matlamat kewangan anda seandainya anda dapati matlamat tersebut tidak lagi realistik dengan pendapatan anda.
Tentukan Matlamat Kewangan Anda
Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda berbelanja dengan lebih bijak. Pastikan anda tahu tempoh yang diperlukan untuk mencapai setiap matlamat tersebut..
# Contoh Pelan Matlamat..:
PERINGKAT 2
Catat pendapatan, hutang, simpanan, pelaburan dan insurans/takaful anda
Mulakan dengan mencatat pendapatan keluarga anda termasuk pendapatan suami/isteri. Selepas itu, senaraikan kesemua baki pinjaman dan komitmen kewangan anda termasuk pembayaran balik pinjaman yang perlu anda buat pada bulan itu. Saya mencadangkan anda membayar balik hutang terlebih dahulu dan selepas itu membayar diri anda dengan mengasingkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan boleh guna anda dalam bentuk simpanan atau pelaburan. Pada peringkat ini, anda juga dinasihati untuk menetapkan sejumlah wang bagi komitmen insurans/takaful anda..
PERINGKAT 3
Catat perbelanjaan anda
Peringkat ini membimbing anda bagaimana untuk menyediakan perbelanjaan harian anda bergantung pada jumlah wang tunai di tangan anda. Meskipun anda telah membuat komitmen yang sepenuhnya terhadap pinjaman, simpanan, pelaburan dan insurans/takaful, baki wang untuk perbelanjaan harian anda hendaklah dibelanjakan dengan bijak. Anda perlu tahu membezakan antara keperluan dengan kehendak dan ini dapat memberi kesan yang ketara kepada sikap perbelanjaan anda. Keputusan yang anda buat berdasarkan keperluan dan kehendak anda akan mempengaruhi belanjawan dan perbelanjaan bulanan anda. Ingat!! ukur baju di badan sendiri dan hanya berbelanja mengikut jumlah wang yang anda miliki.
# Tanda-tanda amaran tabiat berbelanja boros..
- Anda membayar bil semasa menggunakan wang simpanan.
- Anda mengambil hutang baharu untuk membayar hutang lama.
- Hutang anda melebihi pendapatan anda.
- Anda berbelanja mengikut perasaan sedangkan anda tahu anda tidak mampu
PERINGKAT 4
Menilai kedudukan kewangan anda
Nilai dan kaji semula kedudukan kewangan anda setiap bulan. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan, elakkan perbelanjaan yang tidak penting atau abaikan sahaja perbelanjaan itu. Dalam hal ini, anda boleh menilai semula perbelanjaan isi rumah, barangan peribadi dan perbelanjaan lain terutamanya hiburan. Anda mungkin perlu mengkaji semula portfolio pelaburan anda jika bajet perbelanjaan anda terlalu menghimpit kehidupan anda. Jika perlu, anda boleh menyemak matlamat kewangan anda seandainya anda dapati matlamat tersebut tidak lagi realistik dengan pendapatan anda.
Pengurusan kewangan secara bijak?Pengurusan kewangan secara bijak?
Pengurusan kewangan secara bijak bermaksud menguruskan wang yang kita ada secara berhemat. Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang individu tentang wang ialah mereka terlalu banyak berhutang, lambat membayar bil dan tidak tahu bagaimana untuk menyimpan bagi kegunaan masa hadapan mereka. Semua perkara ini berpunca daripada pengurusan kewangan yang teruk..mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menguruskan kewangan dengan berhemat agar semua masalah tersebut dapat diatasi..
Antara cara untuk menguruskan kewangan secara berhemat...
Antara cara untuk menguruskan kewangan secara berhemat...
- membuat pelan perancangan kewangan yang teratur
- berbelanja kurang daripada pendapatan
- membuat pinjaman mengikut kemampuan
- membayar bil tepat pada masanya
- mewujudkan pelan simpanan harian dan tabung kecemasan
PENGENALANPENGENALAN
Selamat datang ke blog saya.Di sini saya akan mempamerkan kepada pembaca sekalian cara untuk menguruskan wang anda dengan sistematik dan berkesan.
definisi ?
Ke Arah Masyarakat Celik Wang membawa maksud cara sesebuah masyarakat mahupun individu mencari sumber pendapatan atau wang dengan lebih cekap dan mahir. Dengan kata lain, masyarakat yang pandai menghasilkan wang.
Berdasarkan kamus dewan edisi keempat, definisi bagi...
§ CELIK ialah terbuka, boleh melihat, tidak buta, kenal akan yang benar (betul), sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan).
§ WANG ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit, gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah.
Jadi, di sini dapat disimpulkan bahawa definisi bagi CELIK WANG ialah bijak menguruskan kewangan atau pengurusan wang secara bijak..
Oleh itu, Masyarakat yang celik wang adalah masyarakat yang dapat menguruskan kewangan mereka dengan bijak...
Subscribe to:
Posts (Atom)